fb fb fb fb fb

Kembali daripada rehat dua tahun, Simone Biles 'balas dendam' raih gelaran dunia ke-21

(FOTO AFP)

ANTWERP, 7 Oktober- Bintang gimnas Amerika Syarikat, Simone Biles meneruskan aksi menakjubkan selepas berehat dua tahun dengan meraih gelaran dunia ke-21 dalam aksi all-around di Kejohanan Dunia pada Jumaat.

Terdahulu, Biles yang meraih emas dalam aksi berpasukan pada Rabu, mempamerkan aksi dominan untuk mencatat 58.399 mata dan di depan juara bertahan Rebeca Andrade dari Brazil yang mencatat 56.766 mata sementara Shilese Jones meraih gangsa (56.332).

Biles memperoleh skor terbaik pada tiga daripada empat aparatus, kecuali palang tidak sejajar.

Ini adalah kali ke-27 dia merangkul pingat di kejohanan dunia dan gimnas berusia 26 tahun itu kelihatan sebak ketika berdiri di atas podium dengan mahkota dunia keenamnya dalam aksi all-around.

"Sebenarnya, ada sesuatu yang tersekat dalam mata saya dan ia tidak dapat dikeluarkan, saya bersumoah ianya benar,"katanya kepada pemberita.

“10 tahun lalu saya memenangi dunia pertama saya dan kini kami kembali ke sini,” kata Biles mengenai kehadiarannya ke Antwerp di mana dia bermula mengumpul gelaran dunianya pada 2013, memenangi empat pingat, termasuk dua emas.

"Ia bermakna segala-galanya kepada saya, selepas semua yang saya lakukan untuk kembali ke tempat ini untuk berasa selesa dan cukup yakin untuk bersaing."

Kembali ke tahap terbaiknya, atlet Texas genit berketinggian 1.42m itu sedang menyiapkan diri untuk Sukan Olimpik Paris selepas memanfaatkan masa rehat dua tahun untuk menjaga kesihatan mentalnya.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu