fb fb fb fb fb

Nagelsmann panggil Hummels perkuat skuad Jerman

(FOTO AFP)

MUNICH, 7 Oktober - Pengurus baharu Jerman, Mats Nagelsmann memanggil semula pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels membarisi skuad berkenaan pada perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat dan Mexico bulan ini.

Nagelsmann yang baru saja dilantik menggantikan Hansi Flick, yang meninggalkan Jerman ekoran kekalahan memalukan kepada Jepun pada perlawanan persahabatan bulan lalu.

Ini merupakan kali pertama Hummels dipanggil menyertai bekas juara Piala Dunia 2014 itu, sejak kali terakhir mewakili Jerman pada Piala Eropah 2021.

Selain Hummels, Nagelsmann turut memanggil beberapa muka baharu seperti Robert Andrich yang mewakili Bayern Leverkusen, pemain Union Berlin, Kevin Behrens dan pemain Stuttgards,Chris Fuehrich.

Pasukan Jerman bakal menetang Amerika Syarikat pada 14 Oktober ini diikuti Mexico pada 17 Oktober dalam usaha membina momentum pasukan menjelang kejuaraan Piala Eropah yang bakal diadakan di laman sendiri tahun hadapan.-REUTERS


(Senarai pemain skuad Jerman pada perlawanan persahabatan menentang Amerika
Syarikat dan Mexico/FOTO FB DFBTeamEN)

Media Baharu