fb fb fb fb fb

PSM terima 24 permohonan untuk kemudahan KBS

PUTRAJAYA, 7 Oktober - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) setakat ini menerima 24 permohonan bagi penggunaan kemudahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara percuma,

KBS dalam satu kenyataan berkata, pihak sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat permohonan untuk Sambutan Hari Sukan Sekolah namun ia tertakluk kepada kekosongan jadual tempahan kemudahan.

"Kemudahan yang ditawarkan ialah trek dan kemudahan di Stadium Nasional; Kuala Lumpur Sports City (KLSC) dibuka untuk penggunaan sekolah; gelanggang bola jaring dan boling padang di Kompleks Sukan Bukit Kiara serta padang Stadium Hoki Tun Razak di Kompleks Sukan, Jalan Duta.

"Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bandaraya, Kuala Lumpur telah menjadi sekolah pertama yang menganjurkan sukan sekolah tahunan secara percuma di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam," menurut kenyaaan itu.

KBS memaklumkan tawaran penggunaan fasiliti secara percuma itu masih terbuka untuk permohonan sehingga 2025.

Pihak sekolah yang berminat boleh melayari portal PSM di www.stadium.gov.my atau menghubungi talian 03-8892 0888, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika mengumumkan penyediaan kemudahan KBS secara percuma pada 25 Julai lepas berkata, ia adalah sempena ulang tahun ke-25 KLSC dan ditawarkan kepada semua sekolah di seluruh negara selama dua tahun, bermula 1 Oktober 2023.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu