fb fb fb fb fb

Kelayakan Piala Eropah UEFA: Spalletti senaraikan Udogie

(FOTO FB spursglobal)

MILAN, 7 Oktober - Skuad Itali menyenaraikan pertahanan Tottenham Hotspur, Destiny Udogie buat kali pertama pada kelayakan Piala Eropah UEFA menentang Malta dan England bulan ini, kata Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) pada Jumaat.

Ketua jurulatih Itali, Luciano Spalletti menyenaraikan pemain berusia 20 tahun tersebut selepas melihat aksi Udogie yang telah bermain tujuh perlawanan bersama 'Spurs' musim ini.

Sementara itu, pemain tengah AS Roma, Lorenzo Pellegrini terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan otot pada pertemuan menentang Servette pada Liga Europa Khamis lalu.

Itali kini menghuni tangga kedua kumpulan C dengan enam mata ketinggalan tujuh mata di belakang England.

Itali bakal melayani Malta pada 14 Oktober ini sebelum berkunjung ke Wembley bagi menentang England pada 17 Oktober.-REUTERS


(Ketua jurulatih Itali, Luciano Spalleti/FB FIGC)

Media Baharu