KUALA LUMPUR, 28 April- Skuad wanita negara gagal menampilkan aksi cemerlang apabila tumpas kepada Taiwan pada aksi pertama kumpulan B Kejohanan Piala Uber, hari ini.
Pertemuan sebelah pagi itu menyaksikan skuad kebangsaan tewas dengan keputusan 1-4.
Beregu negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing menjadi penyumbang mata tunggal negara dengan menundukan pasangan, Hsu Ya Ching dan Lin Wan Ching 21-19 dan 21-17 dalam masa 44 minit.
Manakala pemain perseorangan negara, Goh Jin Wei tumpas ditangan pemain, Tai Tzu Ying dengan mata 21-19, 22-20.
Taiwan meneruskan rentak kemenangan menerusi pemain perseorangan wanita, Wen Chi Hsu dengan menundukkan K. Letshanaa 13-21, 21-17 dan 21-16.
Harapan Malaysia untuk bangkit gagal apabila dua lagi wakil negara, Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi dan pemain perseorangan, Wong Ling Ching juga tewas kepada lawan masing-masing.
Pasukan negara dijadual bertemu skuad Thailand pada esok untuk saingan kumpulan yang seterusnya.