fb fb fb fb fb

Piala Thomas: Malaysia benam Algeria 5-0

FOTO BAM

KUALA LUMPUR, 28 April- Skuad badminton negara berjaya mengekalkan momentum cemerlang pada aksi kumpulan D Piala Thomas hari ini apabila membenam pasukan Algeria.

Saingan yang berlangsung diGimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech, Chengdu itu menyaksikan pasukan negara berjaya meraih kemenangan 5-0.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menampilkan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan mudah apabila menumpaskan pemain Algeria, Adel Hamek.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya memerlukan 26 minit untuk menang 21-8 dan 21-6.

Rentak kemenangan diteruskan oleh pemain perseorangan, Cheam June Wei dengan menumpaskan Youcef Sabri Medel dengan mudah.

June Wei meraih kemenangan dalam straight set 21-9 dan 21-14 dengan hanya memerlukan masa 21 minit.

Skuad negara mengukuhkan kedudukan apabila pasangan beregu lelaki, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal Nazri mendapatkan mata ketiga.

Pasangan itu menumpaskan pasangan lawan, Sifedinne Larbaaoui dan Mohamed Abdelaziz Ouchefoun dengan mata 21-8 dan 21-3.

Manakala dua mata lagi disumbangkan oleh pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh dan pasangan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Soh Wooi Yik.

Kemenangan itu memastikan Malaysia kini mengesahkan tempat ke suku akhir.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE