fb fb fb fb fb

ACL2: Al Nassr mudah tundukkan wakil Tajikistan

FOTO FACEBOOL ALNASSR

HISOR, 27 November - Kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr membuktikan statusnya sebagai kelab elit Asia selepas mudah menewaskan wakil Tajikistan, FC Istiklol, 4-0.

Pada perlawanan yang berlangsung di Dushanbe itu, Al Nassr membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi penalti Joao Felix.

Al Nassr kemudiannya menggandakan kelebihan menerusi jaringan kedua menerusi sepakan voli menarik oleh pemain pertahanan, Mohamed Simakan sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pemain antarabangsa Senegal, Sadio Mane menambah gol ketiga wakil Arab Saudi tersebut menerusi rembatan kencang yang gagal ditampan penjaga gol Istiklol, Nikola Stosic pada penghujung perlawanan.

Ayman Yahya menambah derita FC Istiklol dengan gol keempat pada masa tambahan menerusi sepakan lengkung dari luar kotak penalti.

Kemenangan tersebut meletakkan Al Nassr di puncak Kumpulan dengan enam mata mengatasi satu lagi wakil Arab Saudi, Al Hilal yang memungut 23 mata. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD