fb fb fb fb fb

Serie A: Inter kekal rekod tanpa kalah

Para pemain Inter Milan meraikan jaringan gol kedua Hakan Calhanoglu pada perlawanan menentang Torino di San Siro /Foto Reuters

MILAN, 28 April - Pemain tengah Inter Milan,Hakan Calhanoglu menjaringkan dua gol ketika juara baharu Serie A itu menewaskan Torino 2-0.

Kemenangan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Inter Milan kepada 28 perlawanan setakat ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di San Siro itu, psrs penyokong Inter Milan menyalakan bunga api meraikan kejayaan pasukan berkenaan memenangi gelaran Scudetto pada Isnin selepas menewaskan musuh setempat AC Milan 2-1.

Perlawanan tersebut juga merupakan perlawanan pertama yang diadili oleh pengadil wanita menyaksikan pemain Torino, Maria Sole Ferrieri Caputi dibuang padang selepas mengasari pemain Inter, Henrikh Mkhitaryan empat minit sebelum separuh masa pertama berakhir.

Bersambung di babak kedua, Inter berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-56 menerusi Calhanoglu yang berjaya menyudahkan hantaran Mkhitaryan bagi gol pertama.

Inter menggandakan kelebihan menerusi gol kedua Calhanoglu pada minit ke-60 hasil sepakan penalti selepas Marcus Thuram dikasari dalam kotak penalti.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Inter kini memunggut 89 mata, 19 mata mengatasi AC Milan di tangga kedua. Manakala Torino kekal di tangga ke-10 liga dengan 46 mata.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD