fb fb fb fb fb

Skuad Penyu sedia berdepan Harimau Selatan 24 Februari ini - Tomislav

Laman Web TFC

KUALA TERENGGANU, 18 Februari- Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner kini mengesahkan telah mempunyai barisan kesebelasan utama menjelang sepak mula musim baharu Liga Malaysia.

Perlawanan pertama dijadualkan bermula pada 24 Februari ini untuk bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Ketiadaan pemain naturalisasi Liridon Krasniqi yang merupakan pemain pinjaman daripada JDT bagi aksi pertama ini dan juga Habib Haroon, yang tidak dapat diturunkan berikutan kecederaan tempoh hari pada aksi persahabatan lalu menjadi cabaran pertama Tomislav.

Beliau juga menjelaskan, pihaknya yang sedang dalam usaha mendapatkan pemain dari benua Eropah terpaksa dilupakan susulan wujud permasalahan dalam isu kontrak.

Sekiranya tiada pilihan, beliau terpaksa menanti tirai perpindahan kedua Liga Malaysia untuk membuat pilihan pemain bagi melengkapkan jentera pasukan musim 2023 ini.

"Ya, sekarang kami hanya mempunyai beberapa hari lagi. Masa semakin suntuk untuk kami memilih pemain import atau pemain Asia.

Oleh itu, pasukan penilaian kami perlu segera membuat keputusan, dalam membawa masuk pemain dari Asia," kata Tomislav ketika ditemu bual pemberita RTM selepas majlis memperkenalkan pemain dan penaja serta pelancaran jersi bagi musim ini yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


(Foto FB Menteri)

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Syahrizal Yahya serta para pemain TFC, TFC II, TFC III dan TFC IV.

 

Media Baharu