fb fb fb fb fb

14 pasukan bakal berentap merebut gelaran juara Liga Futsal

KUALA LUMPUR, 17 Februari - Jika sebelum ini perebutan gelaran juara Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) tertumpu kepada persaingan di antara Selangor MAC dan Pahang Rangers.

Namun kali ini semua itu berubah dengan kehadiran pendatang baharu, Johor Darul Takzim (JDT) yang diramal mampu menghangatkan lagi perebutan kejuaraan musim ini.

Selain JDT, MFPL musim 2023 turut diserikan dengan kehadiran PFA Odin Sarawak dan Sabah, sekali gus membentuk 14 pasukan bertanding.

Pertembungan hebat bakal disajikan dalam saingan kumpulan B yang mempertemukan Juara musim lalu, Selangor MAC dan kelab baharu, JDT

JDT tampak ampuh dengan kehadiran beberapa tonggak Kebangsaan termasuk Abu Haniffa Hasan, Muhamad Ekmal Sharin dan penjaga gol, Azrul Hadee Mohd Taufiq.

Bagaimanapun Ketua Jurulatihnya, Juan Antonio Miguel Garcia enggan menganggap mereka sebagai pasukan pilihan meskipun turut diperkuat pemain import berkelas dunia, Caio Cesar Garcia Rego.

"
Semua pasukan mempunyai peluang sama-rata,dan bermain untuk menang. Selalunya JDT di anggap pasukan pilihan.Kami tak anggap itu satu tekanan. Kami ambil tanggungjawab dan akan berusaha untuk menjadi lebih baik selepas setiap perlawanan," katanya kepada RTM.

Dalam pada itu, pengendali Selangor MAC kelahiran Brazil, Edgar Eder Baldasso, mengakui berdepan cabaran hebat mempersiap pasukannya selepas kehilangan beberapa tonggak penting musim lalu.

Namun, beliau yakin pasukannya mampu mempertahankan kejuaraan dengan khidmat pemain import musim lalu, Matheus Vasconcelos Silva dan tenaga import baharu Reza Sepandar dari Iran.

"Barisan pemain kami banyak berubah pada musim ini. Pasukan lain mempunyai skuad yang bagus dengan khidmat pemain import, jadi kami harus kekal bermain dengan baik dan bijak.

Skuad saya mempunyai masa depan yang cerah, saya harap saingan kali ini akan terus memihak kepada kami,saya percaya dengan kemampuan semua pemain," katanya.

Naib juara MPFL musim lalu, Pahang Rangers turut membuat persiapan rapi memancing bekas pemain skuad kebangsaan Iran, Amin Nasrollah Zadeh dan Matheus Gonzalez dari Brazil mengisi kouta pemain import.

MPFL musim ini bakal menggunakan format baharu dengan empat pasukan terbaik kumpulan A dan B menempah tiket ke suku akhir dengan format perlawanan satu pusingan.

Manakala pertembungan Separuh Akhir dan Final kembali diadakan secara timbal balik di venue pilihan pasukan.

Media Baharu