KUALA NERUS, 4 Mei – Latihan intensif berterusan menjadi antara pendekatan utama yang diterapkan dalam persediaan skuad para memanah negara menjelang Sukan Para ASEAN 2026 di Thailand.
Ketua Jurulatih Para Memanah Negara, Marzuki Zakaria berkata, jadual latihan yang padat itu bertujuan menguji kemampuan atlet dalam mengawal tekanan serta menguasai kemahiran dalam suasana yang menyerupai pertandingan sebenar.
“Sehingga hari ini, kita penuhkan dengan program-program supaya atlet ini dapat menjalani latihan bersama.
Jadi, kita bermula dari awal pagi sehingga petang bagi melihat bagaimana keadaan atlet menguasai latihan, agar mereka tidak berasa terlalu tertekan ketika bertanding nanti,” jelas beliau.
Sebagai langkah strategik dalam program latihan berprestasi tinggi, skuad para memanah negara memilih Pusat Kecemerlangan Sukan Universiti Sultan Zainal Abidin (PKS UniSZA) di sini sebagai destinasi utama bagi jelajah latihan mereka.
Ia sebahagian daripada
Skuad ini turut dijadual menyertai Kejuaraan Para Piala Asia di Beijing, China pada bulan Jun depan.
Seterusnya kejohanan Sukan Univeriti Dunia di Jerman pada Julai sebagai sebahagian daripada program pendedahan kepada pertandingan bertaraf tinggi.
Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad para memanah negara adalah pada Sukan Para ASEAN 2022 di Solo, Indonesia, apabila berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan gangsa.