fb fb fb fb fb

Aksi akhir ACLE: Al Ahli dinobat juara

Foto AFP

JEDDAH, 4 Mei - Al Ahli dari Arab Saudi menewaskan Kawasaki Frontale dari Jepun 2-0 untuk memenangi gelaran Liga Juara-Juara Elit Asia, ACLE buat kali pertama di Stadium Bandaraya Sukan Raja Abdullah pada Sabtu (3 Mei).

Pemain sayap Brazil Galeno meghadiahkan gol pertama pada minit ke-35 , dengan Franck Kessie menanduk pada minit kedua tujuh minit kemudian.

Kemenangan itu menjadikan Al Ahli kelab Saudi ketiga memenangi pertandingan itu.

Peringkat akhir ACLE semuanya telah berlangsung di Jeddah.

Dengan kemenangan itu, Roberto Firmino, Edouard Mendy dan Riyad Mahrez menjadi pemain pertama yang merangkul kedua-dua kejuaraan bola sepak kelab Asia dan setara dengannya di Eropah.

Ketiga-tiga mereka memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool, Chelsea dan Manchester City masing-masing.

Al Ahli turut menjadi dua kali juara Al Ittihad dan juara empat kali Riyadh, Al Hilal.

Al Ahli dinobat naib juara pada 1986 dan 2012.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN