fb fb fb fb fb

Grand Slam Miami: Bednarek, Melissa Jefferson-Wooden unggul

Pelari pecut Amerika Syarikat, Kenny Bednarek / Foto www.olympics.com

MIAMI, 4 Mei-Pelari pecut lelaki Amerika Syarikat, Kenny Bednarek memenangi acara 100 meter.

Pemenang dua pingat perak Olimpik dalam acara 200 meter itu mencatatkan masa 9.79 saat menewaskan dua pelari dari Jamaica iaitu Oblique Seville (9.84 saat) dan Ackeem Blake (9.85 saat.)

Manakala Melissa Jefferson-Wooden menjuarai gelaran kedua Grand Slam Track musim ini selepas menewaskan pencabar lain dalam kategori pecut wanita di sini.

Sementara itu, atlet Britain, Josh Kerr, memenangi acara 1500 meter lelaki.

Kejohanan yang pertama kali diperkenalkan ini kini memasuki pusingan kedua daripada empat pudingan di Ansin Sports Complex.

Misi kejohanan tersebut adalah mengubah landskap sukan trek dunia melalui ganjaran wang besar dan penyertaan atlet bertaraf dunia.

Atlet dibahagikan kepada 12 kumpulan iaitu pecut jarak dekat, lelaki dan wanita, pecut jarak jauh, lari berpagar jarak dekat, berpagar jauh, dan jarak dekat.

Setiap atlet akan bertanding dalam dua acara perlumbaan setiap pusingan, dengan jumlah mata terkumpul menentukan juara kumpulan masing-masing.

Bagi kumpulan wanita, Jefferson-Wooden menjuarai acara 100 meter pada Jumat lepas , dan kemudian menduduki tempat ketiga dalam acara 200 meter pada Sabtu dengan catatan terbaik peribadi 22.15 saat, mengumpul 18 mata keseluruhan, sekali gus mengatasi rakan sepasukan estafet di Paris, Gabby Thomas (17 mata) yang berada di tempat kedua keseluruhan.

Dalam kategori lelaki, juara dunia 1500m Josh Kerr memenangi acara utamanya itu pada Jumaat, dan menamatkan acara 800m pada Sabtu di tempat kelima dengan catatan terbaik peribadi 1:45.01, mengumpul 16 mata iaitu dua mata mengatasi pencabarnya dari Kanada, Marco Arop.

“Acara ini memang luar biasa dan penuh dengan aksi,” kata Kerr, yang membawa pulang AS$100,000 selepas hanya menamatkan saingan di tempat ketujuh di Kingston sebelum ini.

“Jika prestasi saya terus meningkat, saya percaya saya boleh menang dua lagi gelaran Slam musim ini dan bangga dengan pencapaian itu", katanya.

Usaha Michael Johnson sebagai peneraju projek berkenaan menyaksikan tempat duduk penonton kosong di Kingston, Jamaica.

Namun, suasana di Miami jauh lebih meriah apabila pemegang rekod dunia, Sydney McLaughlin-Levrone, menang mudah dalam acara 400m berpagar dengan masa 52.07 saat.

Bagi kategori pecut berpagar wanita, Ackera Nugent dari Jamaica muncul juara dengan 18 mata selepas memenangi acara 100 meter rata dengan masa 11.09 saat, menyamai catatan terbaik peribadinya.

Masai Russell, pemenang pingat emas Olimpik yang mencatat masa kedua terpantas dalam sejarah acara 100 meter berpagar (12.17) hari Jumaat, sekadar menduduki tempat keempat dalam acara 100m dengan catatan (11.40) dan tempat kedua keseluruhan dalam kumpulannya.

Jereem Richards dari Trinidad dan Tobago pula mengungguli kategori pecut lelaki dengan 20 mata, hasil kemenangan 200 meter pada hari Jumaat (19.86) dan tempat kedua dalam acara 400 meter (44.32) pada Sabtu.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD