fb fb fb fb fb

Skuad memanah berkuda negara tempat ketiga Asia

Skuad memanah berkuda negara raih tempat ke-3 di Anhui, China

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pasukan memanah berkuda Malaysia mencipta kejutan apabila meraih tempat ketiga keseluruhan dalam kejohanan Kelayakan Kumpulan 1 Asia Piala Dunia Memanah Berkuda 2025 yang berlangsung di Anhui, China.

Kejayaan ini meletakkan skuad negara di landasan terbaik untuk layak ke pentas akhir Piala Dunia hujung tahun ini.

Empat pemanah negara yang cemerlang ialah Muhammad Afiq Samsuddin, Muhammad Waliyuddin Mohamad Zarazilah, Adawiyyatunnisa Azham Affif dan Mika Irfan Aman Amalo Nojey.

Ketua jurulatih, Muhamad Akmal Mohamad Dahalan menyifatkan pencapaian ini sebagai dorongan moral untuk persiapan lebih rapi dan menyasarkan pingat emas pada kejohanan utama.

Beliau turut mendedahkan perancangan latihan intensif di Turkiye dan Hungary bagi menguasai teknik "Kikash", "Kabark" dan "OKS" daripada pakar antarabangsa.

Malaysia menamatkan saingan di belakang juara China dan naib juara Mongolia dalam kejohanan yang disertai enam negara termasuk Indonesia, Thailand dan Korea Selatan.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI