fb fb fb fb fb

Skuad kriket Sarawak unggul dengan 7 wiket menentang Melaka

Skuad Kriket Sarawak

KUCHING, 14 Ogos- Skuad Kriket Sarawak menang bergaya dengan kelebihan tujuh wiket dalam saingan peringkat kumpulan lelaki T20 Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak hari ini. 

Kemenangan direkodkan dengan catatan sebanyak 67/3 berbanding 66/8 dicatatkan Melaka di Padang Kriket dan Ragbi Petra Jaya, di sini.

Rekod kemenangan bergaya tersebut disumbang oleh pemain Mohammad Hariz Afnan Sulhie dengan 5 wiket 10 larian manakala Kenny Kuan dan Hazrul Izani masing-masing menyumbang 1 wiket 11 larian. 

Permainan tuan rumah bertambah versatil dengan pukulan enam daripada Aairen Alam Chew mengakhiri perlawanan menandakan kemenangan milik tuan rumah. 

Perlawanan tersebut merupakan perlawanan pertama Skuad Sarawak bagi Pusingan Kumpulan B dan petang esok, pasukan tuan rumah dijadulakan akan menentang pasukan Kelantan.

1408 KRIKET SARAWAK UNGGUL 2Pasukan sepak takraw wanita Sarawak melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Selangor dengan keputusan 2-1

Dalam pada itu pasukan sepak takraw wanita Sarawak turut berjaya melangkah ke pusingan seterusnya dalam kejohanan selepas menewaskan Selangor dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan round robin berlangsung di Stadium Muhibah, di Bintulu.

Pasukan Sarawak terus menunjukkan permainan cemerlang biarpun berdepan tekanan daripada pihak lawan.

Pengurus Pasukan Sarawak Sarbini Mahdi berkata, ia merupakan satu perlawanan yang sukar, namun berjaya menampilkan aksi cemerlang.

"Perlawanan tadi memang mencabar, tetapi Alhamdulillah, kami berjaya. Ini adalah langkah pertama kami ke pusingan seterusnya.

"Kami akan terus memperbaiki persembahan dan fokus pada strategi serta motivasi pasukan untuk mencapai kemenangan seterusnya," kata Sarbini Mahdi.

Sarawak akan terus berusaha meningkatkan persiapan mereka dengan harapan untuk meraih kejayaan lebih besar dalam kejohanan itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI