fb fb fb fb fb

Skuad golf remaja lelaki A kebangsaan muncul juara Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2023

PETALING JAYA, 8 Januari - Skuad golf remaja lelaki A kebangsaan muncul juara kategori berpasukan pada Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2023 dengan mengumpul 683 pukulan selepas tiga pusingan.

Skuad golf remaja lelaki A kebangsaan yang dibarisi Hariz Hezri, Nor Haqeim Hadi, Syed Nor Ismail Sha Husse dan Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri mengalahkan skuad golf remaja lelaki B yang menduduki tempat kedua dengan 705 pukulan, manakala pasukan Korea di tangga ketiga.


(Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan
hadiah kepada skuad golf remaja lelaki A kebangsaan) 

Dalam kategori wanita, skuad golf remaja wanita A berada di tempat kedua dengan 684 pukulan.

Pasukan remaja wanita Korea mengungguli tangga pertama dengan 681 pukulan manakala Indonesia di tempat ketiga.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan tersebut.

Media Baharu