(Ng Chun Chen bergambar bersama pingat Emas yang diraih dalam acara Gimnastik
Artistik Lelaki individu akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022/BERNAMA)
BUKIT JALIL, 18 September- Skuad gimnastik Pulau Pinang menyapu bersih dua pingat emas yang dipertandingkan hari ini menerusi acara artistik berpasukan lelaki dan all around individu lelaki.
Pasukan Pulai Pinang yang dibarisi enam atlet memenangi pingat emas acara berpasukan lelaki selepas mengumpul mata keseluruhan 282.30 dalami enam disiplin.
Pingat perak dimenangi pasukan Sabah dengan mata terkumpul 262.45, manakala gangsa milik Johor dengan 260.25.
Dalam acara all around lelaki, emas dimenangi Ng Chun Chen yang mengumpul 77.85 mata keseluruhan.
Perak milik atlet Terengganu Muhammad Shahrul Amy Mohd Kamarul Hisam dan gangsa dirangkul atlet Perak, Luqman Hafiz Zulfa.
(Ng Chun Chen (tengah) bergambar bersama pingat Emas yang diraih dalam acara
Gimnastik Artistik Lelaki individu akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022/BERNAMA)