fb fb fb fb fb

Rumah petugas hangus terbakar, Keluarga Sukma lancar derma kilat RM5,000

KUALA LUMPUR, 18 September - Simpati terhadap nasib pemandu ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Keluarga Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 menghulurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 akibat kebakaran rumah keluarganya pada petang semalam di Merbok, Kedah,

Menurut satu kenyataan, sumbangan tersebut diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola temasya Sukma Datuk Jana Santhiran Muniayan.

"Ketika kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah keluarga berlaku, Mohd Ishak Othman sedang bertugas di venue hoki SUKMA di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

“Keluarga Sukma juga mengambil inisiatif membantu Mohd Ishak dengan melancarkan tabung derma kilat bagi membantu meringankan beban keluarga beliau,” menurut kenyataan itu.

(Pengerusi Jawatankuasa Pengelola temasya Sukma Datuk Jana Santhiran Muniayan
menyerahkan sumbangan kepada  Mohd Ishak Othman)

Semua pihak yang mahu meringankan beban dan memberikan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Mohd Ishak 151863199228 (Maybank).

Media Baharu