(Atlet menembak wanita Shaveena Mei Vejayan
sumbang pingat emas buat Pulau Pinang)
SUBANG, 18 SEPTEMBER - Atlet Pulau Pinang, Shaveena Mei Vejayan turut membuktikan kemampuan apabila menghadiahkan pingat emas di Sukan Malaysia (Sukma) 2022 menerusi acara 10 meter Air Rifle Wanita.
Lebih membanggakan kejayaan itu diperoleh selepas menewaskan juara bertahan Nur Izazi Rosli dari Wilayah Persekutuan yang menamatkan aksi di tempat kedua.
Kali kedua menyertai Sukma, Shaveena akui pungutan 243.7 mata yang diperolehnya itu merupakan antara yang terbaik pernah dicapai dan optimis untuk mengekalkan kecemerlangan.
Mengulas mengenai sasaran dan hala tuju selepas ini, Shaveena belum merancang untuk menyertai sebarang kejohanan bagaimanapun ia bergantung kepada perancangan jurulatihnya.