fb fb fb fb fb

Arsenal tewaskan Brentford, kembali teraju Liga Perdana

(Arsenal kembali ke puncak Liga Perdana apabila mengalahkan Brentford 3-0/REUTERS)

LONDON, 18 September - Arsenal kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris apabila jaringan William Saliba, Gabriel Jesus dan Fabio Vieira menyerlahkan persembahan dominan untuk menewaskan Brentford 3-0.

Kecederaan Ketua Pasukan, Martin Odegaard dan Oleksandr Zinchenko telah melemahkan skuad Mikel Arteta sehingga pemain gantian Ethan Nwaneri yang baru berusia 15 tahun, dimasukkan pada penghujung separuh masa kedua sekali gus menjadi pemain termuda beraksi dalam Liga Perdana itu.

Kemenangan menyaksikan The Gunners kembali satu mata di atas Manchester City dan Tottenham di tangga teratas liga.

“Kami mempunyai mentaliti berbeza musim ini,” kata pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka. "Kami berlatih seperti kami bermain dan mempunyai kelas dengan pemain yang boleh membuat perubahan," tambahnya.

“Kami tewas kepada pasukan nombor satu dalam Liga Perdan. Saya rasa mereka akan bersaing untuk merebut gelaran,” kata Pengurus Brentford, Thomas Frank.-AFP

(Gabriel Jesus meraikannya selepas menjaringkan gol kedua Arsenal/REUTERS)

Media Baharu