fb fb fb fb fb

Skuad basikal MTB menang emas acara rentas desa campuran

HOA BINH, VIETNAM, 17 MEI-Perkembangan Sukan SEA di Hanoi menyaksikan skuad berbasikal MTB kebangsaan mencipta sejarah apabila merangkul pingat emas pertama acara rentas desa berganti-ganti campuran hari ini.

Ia merupakan emas pertama Malaysia dalam sukan itu dengan pencapaian terbaik adalah pingat perak pada edisi 2011.

Pada saingan final itu, skuad kebangsaan dibarisi Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon merekodkan masa 1 jam, 23 minit dan 14 saat untuk muncul juara.

Ia merupakan kilauan emas ke-20 kontinjen negara pada temasya sukan dwitahunan itu.


(Skuad berbasikal MTB kebangsaan mencipta sejarah)

Pasukan tuan rumah, Vietnam pula terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, manakala gangsa menjadi milik pasukan Thailand.

Sebelum ini, Nur Assyira dan Natahsya masing-masing menghadiahkan pingat perak dan gangsa dalam acara Merentas Desa di venue sama, semalam.

Kejayaan itu menamatkan kemarau 11 tahun kem berbasikal MTB negara pada temasya Sukan SEA.

Pada edisi 2011 di Indonesia, atlet wanita Masziyaton Mohd Radzi menghadiahkan perak menerusi acara merentas desa, sekali gus memperbaiki pencapaiannya pada edisi 2009 di Laos apabila membawa pulang gangsa.

Media Baharu