KUALA LUMPUR, 25 November - Penolong Ketua Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan E Elavarasan bakal mengendalikan kem latihan pusat pertama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara sejak dilantik sebagai pengendali pasukan itu pada 1 September lepas.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan semalam memaklumkan kem latihan skuad B-23 bermula 27 Nov sehingga 6 Dis depan ialah sebagai persiapan menghadapi beberapa pertandingan antarabangsa pada tahun hadapan.
“Skuad B-23 kebangsaan akan mengharungi beberapa pertandingan antarabangsa yang penting tahun hadapan seperti Kejuaraan AFF B-23, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024,” menurut kenyataan itu.
(E Elavarasan/FOTO BERNAMA)
Justeru, Elavarasan telah menyenaraikan seramai 25 pemain untuk ke kem latihan pusat tersebut sementara lapan lagi pemain diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan.