PARIS, 29 Mei - Pemain tenis nombor tujuh dunia, Casper Ruud mengecam sistem ranking Persatuan Profesional Tenis (ATP) yang disifatkan sebagai menekan pemain.
Beliau berkata pemain seakan terpaksa beraksi meski berdepan kecederaan bagi mengelakkan daripada kehilangan mata ranking.
“Anda terpaksa bermain mengikut peraturan ATP untuk kejohanan-kejohanan wajib. Jika tidak hadir anda akan rugi kerana pemain lain akan mengutip mata,” ujarnya dalam satu sidang media selepas perlawanan di Terbuka Perancis.
Ruud tersingkir awal apabila tewas 4-6, 7-6(5), 6-3, 6-2 kepada Nuno Borges dalam pusingan kedua. - REUTERS