fb fb fb fb fb

Jorge Martin umum tinggalkan Aprilia, dakwa tidak langgar kontrak

Foto REUTERS

MADRID, 30 Mei - Juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin menyatakan akan meninggalkan pasukan Aprilia pada akhir musim ini.

Kenyataan itu dibuat menerusi satu hantarannya di media sosial yang mendakwa memiliki klausa kontrak yang membenarkannya berbuat demikian jika tidak lagi bersaing untuk kejuaraan selepas pusingan keenam.

Bagaimanapun ia dinafikan Aprilia yang menyatakan klausa tersebut tidak sah kerana Martin tidak berlumba kerana kecederaan.

Martin, yang berpindah ke Aprilia selepas diketepikan Ducati hanya sempat beraksi sekali musim ini.

Dia masih belum mengutip sebarang mata dan ketinggalan 196 mata di belakang pendahulu. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN