MANCHESTER, 29 Mei - Rombakan skuad Manchester City akan dilakukan menjelang kempen Piala Dunia Kelab pada 14 Jun akan datang.
Pengerusinya, Khaldoon Al Mubarak menegaskan, pelaksanaan itu perlu selepas prestasi hambar skuad The Citizen yang mengakhiri musim tanpa sebarang trofi.
Tambahnya, pembelian dan kemasukan pemain-pemain baharu akan dibuat bagi memperkukuh pasukan kendalian jurulatih Pep Guardiola.
“Empat pemain telah dibawa masuk, dan itu memberi gambaran tentang apa yang bakal berlaku pada musim akan datang,” katanya.
Selain gagal mempertahankan gelaran juara Liga Perdana Inggeris yang dimenangi empat musim berturut-turut, City sekadar menamatkan liga di tempat ketiga, menang hanya tiga daripada 10 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, dan tewas dalam final Piala FA kepada Crystal Palace. - REUTERS