BARCELONA, 29 Mei - Peluang Mohammed Ben Sulayem mempertahankan jawatan sebagai Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dilihat cerah selepas dilaporkan menerima sokongan kukuh daripada kelab dan persatuan ahli FIA.
Menurut laporan Autosport.com dan sumber menerusi paddock Formula Satu, seramai 37 wakil badan kebangsaan telah menandatangani surat yang meminta Ben Sulayem untuk bertanding semula dalam pemilihan Disember ini.
Meski sepanjang tempoh kepimpinannya sejak 2021 tidak sunyi daripada kontroversi, sokongan terbuka daripada majoriti dilihat mengukuhkan kedudukannya menjelang pemilihan akhir tahun ini. - AFP