SAN JOSE DEL CABO, 20 Julai - Denis Shapovalov dari Kanada juara Terbuka Los Cabos apabila berjaya menewaskan wakil Amerika Syarikat,Aleksandar Kovacevic, 6-4, 6-2.
Shapovalov hanya memerlukan 75 minit untuk menundukkan Kovacevic selepas berjaya menguasai gelanggang seawal permainan.
Wakil Kanada itu sebelum ini berdepan tempoh mencabar selepas menamatkan musim 2023 kerana mengalami kecederaan lutut.
Tahun lalu, Shapovalov jatuh ke tangga 140 dalam kedudukan ATP akibat kecederaan tersebut, tetapi kembali bangkit sejak 10 bulan lalu.
Kemenangan tersebut membolehkan pemain berusia 26 tahun itu naik lima anak tangga ke nombor 28 dalam kedudukan ATP.