fb fb fb fb fb

Sertai Ratchaburi FC, langkah selamatkan karier- Safawi Rasid

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Tindakan pemain Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid yang berhijrah ke kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC sebagai langkah bagi menyelamatkan kariernya yang semakin merundum.

Menurut Safawi, dia memerlukan lebih banyak aksi dan minit permainan di atas padang bagi memastikan prestasinya tidak merudum selain dapat memberi sumbangan kepada kelabnya dan juga skuad Harimau Malaya.


(Pemain sayap JDT, Safawi Rasid ketika menjawab soalan media)

"Sekarang ini saya rasa perlu minit permainan untuk saya. Walaupun tempoh pinjaman berakhir nanti, saya ingin mencari pasukan yang betul-betul perlukan khidmat saya. Saya tidak ingin duduk dibangku simpanan", katanya kepada media.

Pemain berusia 25 tahun itu ditemui ketika kem latihan pusat Harimau Malaya yang dalam persiapan menghadapi Kejohanan Piala AFF 2022.

Safawi yang pernah dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia 2021, kerap disisihkan dalam skuad utama JDT selepas dibayangi pemain muda sensasi, Arif Aiman Hanapi.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu hanya membuat 26 penampilan dalam semua kejohanan bersama JDT pada musim ini, berbanding Arif Aiman yang beraksi dalam 38 perlawana

Media Baharu