TURIN, 13 Februari - Usaha Juventus bagi mengejar pendahulu liga, Inter Milan kian samar selepas tumpas mengejut 1-0 kepada pasukan bawahan, Udinese pada Isnin.
Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Allianz itu, pemain pertahanan baharu Udinese, Lautaro Giannetti menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-25.
Pertahanan antarabangsa Argentina itu meledak gol pertamanya buat Udinese sejak dibawa masuk ke kelab berkenaan bulan lalu.
Kemenangan itu juga merupakan ketiga Udinese musim ini.
Bermain selaku tuan rumah, Juventus dilihat gagal mengambil peluang apabila tidak banyak melakukan serangan ke kubu lawan.
Persembahan buruk yang ditunjukkan Juventus menyebabkan para penyokong kelab tersebut mem'boo para pemain akibat terlalu kecewa.
Peluang terbaik Juventus untuk menyamakan kedudukan hadir pada separuh masa pertama oleh Arkadiusz Milik. Namun jaringan Milik dibatalkan kerana didapati 'out side'.
Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama buat pasukan itu di laman sendiri musim ini.- AFP