fb fb fb fb fb

Serie A: Napoli kukuhkan cengkaman di persada liga

(FOTO AFP)

MILAN, 9 Januari- Napoli semakin menjarakkan diri di persada liga selepas menewaskan Sampdoria 2-0.

Jaringan gol oleh Victor Osimhen dan sepakan penalti daripada Eljif Elmas lapan minit sebelum tamat perlawanan membawa Napoli berkelebihan tujuh mata pada perlawanan di Stadio Luigi Ferraris, Genoa.

"Perlawanan hebat dengan pasukan terbilang. Paling penting kami memenangi perlawanan", ujar Osimhen.

"Kami akan kembali berlatih bagi menghadapi perlawanan seterusnya menentang Juventus", katanya lagi kepada media.

Pasukan kendalian Milan, Luciano Spalleti yang bangkit daripada kekalahan kepada Inter Milan Rabu lalu memberi penghormatan bertandang ke Stadio Luigi Ferraris sebelum sepak mula memberi penghormatan bersama-sama penyokong Sampdoria kepada dua bekas pemain kelab iaitu Gianluca Vialli dan Sinisa Mihajlovic.

Gianluca Vialli 58, meninggal dunia Jumaat lalu akibat barah pankreas merupakan pemain utama dan nadi kepada Sampdoria ketika memenangi kejuaraan Serie A pada 1991.

Sinisa Mihajlovic bekas pemain dan pengurus Sampdoria meninggal dunia pada bulan lalu akibat Leukemia.

Sementara itu, AC Milan, pula terpaksa berpuas hati apabila seri 2-2 dengan pasukan AS Roma sekaligus melepaskan peluang menerajui liga.


(Pemain Napoli meraikan jaringan gol pada perlawanan menentang Sampdoria/FOTO AFP)

Media Baharu