ADELAIDE, 9 Januari-Novak Djokovic terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan mata perlawanan untuk menang 6-7, 7-6 dan 6-4 ke atas Sebastian Korda pada Ahad.
Sehari selepas mengatasi Daniil Medvedev di separuh akhir, dalam keadaan mengalami kecederaan hamstring, Djokovic masih mampu bergerak bebas di atas gelanggang namun dipaksa bekerja keras oleh Korda.
Korda berjaya melakukan break untuk mendahului 5-4 pada set pertama dan berada pada mata 40-0 ketika melakukan servis namun Djokovic berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan.
Namun pemain nombor lima dunia itu gagal menamatkan permainan pada tie break dan Korda berjaya mengatasi untuk menamatkan mata permainan ketujuhnya.
Dengan sokongan penonton, pemain Serbia berjaya menyamakan kedudukan di set kedua.
Di set ketiga, Djokovic mendahuluio 5-4 dan berjaya meraih kemenangan dengan servis break selepas Korda melakukan kesilapan berganda.
Djokoivc kini dalam misi meneruskan rekod kemenangan Terbuka Australia kali kesepuluh bermula 16 Januari ini untuk menyamakannya dengan Rafa Nadal yang memenangi 22 gelaran Grand Slam.
(Bintang Serbia, Novak Djokovic memenangi Terbuka Antarabangsa Adelaide selepas
menewaskan Sabestian Korda/FOTO FP)