RIYADH, 9 Januari-Juara dunia rali sembilan kali, Sebastien Loeb dari Perancis menang peringkat kelapan perlumbaan pada Ahad.
Pelumba Qatar, Nasser Al-Attiyah kekal mengetuai kedudukan keseluruhan.
Loeb yang memandu untuk pasukan Bahrain Raid Xtreme memperoleh kelebihan selepas pelumba Audi, Carlos Sainz dari Sepanyol didenda lima minit kerana memecut.
Ia menjadikan jatuh ke tempat ketiga dalam perlumbaan sejauh 367 kilometer dari Al Duwadimi ke Riyadh, Arab Saudi.
Loeb mencatat masa tiga jam, 24 minit dan 24 saat, dua minit, 11 saat di depan Al-Attiyah.
Ia meneruskan penguasaan keseluruhan pelumba Toyota itu kepada sejam, 3 minit, 46 saat berbanding rakan sepasukan dari Afrika Selatan, Henk Lategan yang menduduki tempat keempat pada peringkat kelapan.
Dalam kategori motosikal, Ross Ranch dari Botswana menang dalam masa 3 jam 46 minit, 18 saat, hanya tiga minit di depan pelumba Australia, Daniel Sanders.
Pendahulu keseluruhan, Skyler Howes dari Amerika Syarikat hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-17 dan kini hanya 13 saat mendahului Kevin Benavides dari Argentina dan Mason Klein dari Amerika Syarikat.
Isnin merupakan hari rehat sebelum perlumbaan bersambung sejauh 686 kilometer dari Riyadh ke Haradh pada Selasa.
(Pertandingan Rali Dakar peringkat ke-8 / FOTO AFP)