fb fb fb fb fb

Serie A : Inter kukuh kedudukan di persada liga

Penyerang Inter Milan, Kristjan Asllani meraikan gol pertama pasukan pada perlawanan menentang Genoa pada Ahad / Foto Reuters

MILAN, 5 Mac - Pendahulu Serie A, Inter Milan menewaskan Genoa 2-1 bagi mengukuhkan kedudukan dengan kelebihan 15 mata kepada pasukan di tangga kedua, Juventus, ketika pasukan berkenaan mengintai kejuaraan kali ke-20.

Pemain muda, Kristjan Asllani dan pemain veteran, Alexis Sanchez masing-masing menjaringkan gol dalam tempoh enam minit bagi mencerahkan harapan pasukan berkenaan merangkul kejuaraan kali pertama buat pengendali, Simone Inzaghi.

Pada perlawanan berkenaan, Asllani membuka tirai jaringan buat Inter pada minit ke-31 selepas menyempurnakan hantaran Alexis Sanchez bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Gol berkenaan merupakan gol pertama buat Asllani yang membuat kemunculan pertama buat Inter Milan.

Skuad bimbingan Inzaghi itu kemudiannya menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Alexis Sanchez bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Genoa merapatkan jurang kedudukan dengan gol tunggal oleh Johan Vasquaz dengann rembatan separuh volinya.

Sementara itu, kekalahan kepada Inter Milan menyebabkan Genoa kini berada di tangga ke-13 liga dengan mengutip 33 mata.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD