fb fb fb fb fb

Pemain Palestin sertai Kelantan United FC

KUFC turut mengumumkan bekas pemain Kelantan FC, Mohammad Fazrul Amir Md Zaman dan pemain Terengganu FC (TFC), Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali sebagai muka baru pasukan.  

KOTA BHARU, 5 Mac- Pemain kelahiran Palestin, Oday Kharoub sah beraksi bersama Kelantan United Football Club (KUFC), musim ini.
 
Kehadiran pemain berusia 31 tahun itu diumumkan dalam satu sidang media selepas majlis menandatangani tiga pemain baru yang diumum KUFC, petang tadi.
 
Pemain import pertama skuad Kijang Hijau yang mengisi posisi tengah bertahan itu bakal menyarung jersi bernombor 6.
 
Selain Oday, KUFC turut mengumumkan bekas pemain Kelantan FC, Mohammad Fazrul Amir Md Zaman dan pemain Terengganu FC (TFC), Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali sebagai muka baru pasukan.
 
Presiden KUFC, Rozi Muhammad berkata, pemilihan Oday turut menjadi tanda solidariti Malaysia khususnya Kelantan bersama Palestin dan kutipan tiket musim ini turut akan disumbangkan ke negara berkenaan, sekali gus meminta penyokong terus hadir ke stadium.
 
 

ZEHRA BINTI ZAMBRI