fb fb fb fb fb

Serie A: Inter kembali ke tangga teratas liga

Pemain pertahanan Inter, Federico Dimarco meraikan gol pembukaan pada perlawanan menentang Frosinone/FOTO AFP

MILAN, 13 November - Inter Milan kembali merampas kedudukan pendahulu liga selepas menang 2-0 ke atas Frosinone pada Ahad.

Padaa perlawanan yang berlangsung di laman sendiri, Inter Milan dilihat mendominasi permainan dengan melancarkan serangan bertali-arus terhadap kubu Frosinone.

Usaha tersebut berhasil apabila Federico Dimarco menjaringkan gol pada minit ke-43 hasil rembatan jarak jauh menarik dari luar kotak penalti bagi meberikan gol pendahuluan buat Inter sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Inter dilihat semakin bernafsu bagi menambah jaringan dan berjaya memperolehi gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Hakan Calhanoglu pada minit ke-48.

Pengadil memberikan sepakan penalti selepas penyerang Inter, Marcus Thuram dikasari pertahanan Frosinone dalam kotak penalti.

Kemenangam tersebut meletakkan Inter Milan di tangga teratas dengan 31 mata, dua mata mengatasi Juventus di tangga kedua.

Sementara itu, pengurus Inter Milan, Simone Inzaghi teruja dengan persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya disamping memuji gol pertama pasukan itu yang disifatkan memukau dan menarik.

"Jelas sekali ia sangat menakjubkan. Saya fikir gol berkenaan telah tular di seluruh dunia.

"Kami mencipta sesuatu yang bagus menetang pasukan yang tersusun dan kental", kata Inzaghi kepada DAZN.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD