fb fb fb fb fb

Serie A : AC Milan kekalkan rekod tanpa kalah

Foto Reuters

MILAN, 12 Februari - Gol tunggal daripada Theo Hernandez sudah memadai buat AC Milan menewaskan Napoli 1-0, sekali gus membantu skuad bimbingan Stefano Pioli mengekalkan rekod tanpa kalah sejak awal tahun ini.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di laman sendiri itu, pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Hernandez berjaya melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti bagi menewaskan penjaga gol Napoli, Pierluigi Gollini pada minit ke-25.

AC Milan kini di tangga ketiga liga dengan 52 mata melebarkan rekod tanpa kalah kepada sembilan perlawanan termasuk tujuh kemenangan.

Pasukan berkenaan kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Inter Milan dan Juventus.

Sementara itu, Napoli kini terperosok di tangga ke-12 liga dan masih gagal menjaringkan sebarang gol dalam lima perlawanan lepas- REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD