fb fb fb fb fb

Sergio Ramos sertai Monterrey dengan kontrak satu tahun

Foto Reuters

MEXICO CITY, 7 Februari- Bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Sergio Ramos, sah menyertai kelab Mexico, Monterrey, dengan kontrak selama satu tahun.

Menurut kenyataan kelab pada Khamis, pemain berusia 38 tahun itu menyertai Monterrey atau "Rayados", tujuh bulan selepas meninggalkan kelab zaman remajanya, Sevilla.

"Nombor 93 sudah bersedia untuk mempertahankan jersi biru dan putih,” kata Monterrey dalam satu hantaran di media sosial mereka bersama video pengumuman.

Ramos membuat penampilan sulung dalam LaLiga bersama Sevilla pada musim 2003-04, sebelum berpindah ke Real Madrid, dua tahun kemudian.

Sepanjang 16 tahun bersama kelab gergasi Sepanyol itu, beliau memenangi 22 trofi termasuk lima gelaran LaLiga, empat Liga Juara-Juara UEFA dan empat Piala Dunia Kelab.

Beliau kemudian beraksi selama dua musim bersama Paris Saint-Germain (PSG), membantu kelab itu meraih dua kejuaraan Ligue 1 sebelum kembali ke Sevilla.

Ramos, yang merupakan pemain dengan jumlah penampilan terbanyak dalam sejarah Sepanyol, turut membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2010 serta dua Kejuaraan Eropah sebelum mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa pada 2023.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM