fb fb fb fb fb

Sepak Takraw Terbuka Labuan :RTC muncul juara

Foto RTM

LABUAN, 4 Mac - Pasukan RTC dari Sabah muncul juara setelah menewaskan lawan senegeri, OSTC dalam aksi final Sepak Takraw Terbuka Labuan pada Ahad.

RTC dinobatkan juara selepas melakar kemenangan 2-1.
 
Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 pingat dan piala.

Manakala pasukan OSTC selaku naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM 2,000 dan pingat.
 
Pasukan PSTL “B” dari Labuan dan pasukan SUKMA Sabah “B” masing-masing merangkul tempat ketiga dan keempat.
 
Bagi kategori wanita terbuka, juara menjadi milik pasukan SUKMA Sabah A selepas mengalahkan pasukan Kuala Lumpur.
 
Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi pasukan Perlis ‘A” dan Perlis “B”
 
Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi.
 
Hadir sama, Presiden Persatuan Sepak Takraw Labuan, Abdul Rashid Adlie.
 
Kejohanan itu disertai kira-kira 40-pasukan lelaki dan wanita dari Labuan, Sabah, Sarawak, Semenanjung dan Brunei dan telah berlangsung selama tiga hari di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD