KUALA LUMPUR, 4 Mac - Persekutuan Karate Malaysia, MAKAF menjanjikan imbuhan elaun bulanan kepada atlet yang berjaya menduduki ranking lima terbaik dunia, bermula tahun ini.
Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata langkah berkenaan diambil badan induk itu sebagai tonik tambahan kepada atlet karate negara.
Setakat ini, atlet karate negara, C. Shahmalarani berada di ranking ke-20 dunia, manakala Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik di tempat ke-40.
"Kita akan bagi setiap bulan sampai ranking dia kekal.. kita tak banyak tapi kita appreciate performance supaya dia dapat maintain performance dan maintain dia punya ranking di peringkat dunia", katanya demikian selepas Mesyuarat Tahunan MAKAF 2024 di Petaling Jaya.
Terdahulu dalam majlis sama, Nur Azmi menyerahkan insentif daripada MAKAF berjumlah RM20,000 kepada lima atlet yang berjaya menyumbang pingat buat negara pada tahun 2023 dan awal 2024.
Lima atlet berkenaan adalah atlet kumite, Muhammad Arif, Shahmalarani, Lovelly Ann Roberth, Nia-thalia Shera-winnie Yampil dan Naccy Elly Evva-ferra Rojin.