fb fb fb fb fb

Piala Emas CONCACAF: Skuad wanita Mexico mara ke separuh akhir

FOTO AFP

LOS ANGELES, 4 Mac- Lizbeth Ovalle menjaringkan dua gol sekali gus membantu Mexico menewaskan Paraguay 3-2 pada Ahad untuk mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Emas wanita CONCACAF.

Skuad kendalian Pedro Lopez itu dan mengadakan pertembungan dengan Brazil pada Rabu di San Diego bagi aksi penentuan ke perlawanan akhir.

Amerika Syarikat akan menentang Colombia pada satu lagi aksi suku akhir dengan pemenang akan bertemu Kanada dalam empat perlawanan terakhir.

Dalam perlawanan di Stadium BMO pada Ahad, Ovalle meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menjaringkan gol pada setiap babak, memberikannya lima gol dalam perlawanan Piala Emas.

Camila Barbosa dan Rebeca Fernandez menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk Paraguay, yang tewas kepada Mexico buat kali ketiga dalam empat pertemuan negara.

Mexico mara ke suku akhir Piala Emas dengan tiga rekod bersih dalam aksi kumpulan.- AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE