GLASGOW, 4 Mac- Atlet pecut dari Bahamas, Devynne Charlton mengatasi rekod dunianya sendiri untuk memenangi acara lari berpagar 60m pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Glasgow pada Ahad.
Charlton mencatatkan 7.65 saat untuk memperbaiki rekod terbaiknya sebelum ini yang dilakukannya pada kejohanan Millrose bulan lalu di New York.
“Ini amat bermakna kerana saya telah menetapkan matlamat untuk diri sendiri,” kata Charlton, yang memenangi perak pada aksi di Belgrade pada 2022.
"Saya tidak banyak mengubah teknik saya, hanya beberapa 'tweak' tetapi saya telah bekerja keras di luar memastikan kesihatan mental saya baik dan bekerja dengan ahli psikologi sukan. Hanya menjaga diri saya,"katanya.
Juara bertahan Cyrena Samba-Mayela dari Perancis meraih perak dengan catatan masa 7.74 saat, manakala Pia Skrzyszowsa dari Poland meraih gangsa (7.79).-AFP