fb fb fb fb fb

Score Marathon 2025, bakal disertai 33,000 peserta

Score Marathon 2025 diadakan di Putrajaya pada 13 Julai ini. Foto FB Score Marathon

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Sebanyak 33,000 peserta dari 48 negara akan menyertai SCORE Marathon 2025 di Putrajaya pada 13 Julai ini, menyaksikan jumlah penyertaan tertinggi setakat ini.

Acara anjuran AIA Vitality berkenaan turut menerima pengiktirafan World Athletics Label Road Race sekali gus meletakkannya dalam kelompok 301 acara bertaraf dunia dan hanya tiga di Malaysia yang menerima status berprestij itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Score Sports Management Patricia Tan dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah penyertaan tahun ini meningkat sebanyak 36 peratus berbanding 24,253 pada tahun lepas sekali gus mencerminkan pencapaian memberangsangkan SCORE Marathon dan pengaruhnya di peringkat serantau.

Acara berkenaan bakal menawarkan empat jarak perlumbaan, iaitu lima kilometer (km), 10 km, 21 km dan 42 km.

Pengiktirafan sebagai World Athletics Label Road Race juga membolehkan acara ini layak untuk Abbott World Marathon Majors (AbbottWMM), selain mengukuhkan statusnya di persada antarabangsa melalui kerjasama dengan Association of International Marathons and Distance Races (AIMS) serta sokongan berterusan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

AbbottWMM adalah siri ketujuh maraton terbesar dan paling berprestij di dunia, iaitu Tokyo Marathon, Boston Marathon, London Marathon, Sydney Marathon, Berlin Marathon, Chicago Marathon, dan New York City Marathon. - BERNAMA

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK