fb fb fb fb fb

"Saya percaya 'Dek Wan' memahami dan merestui persaraan saya - R. Jaganathan



KUALA LUMPUR, 4 Februari - Bekas ketua jurulatih skuad olahraga para kebangsaan R. Jaganathan percaya Mohamad Ridzuan memahami dan menerima persaraanya.

"Mengenai perhubungan saya dengan atlet khususnya Mohamad Ridzuan, sudah tentu perasaan sedih itu timbul kerana kami telah lama bersama, saya yakin bahawa beliau memahami keadaan ini dan merestui persaraan saya," kata Jaganathan di sini.

Jaganathan berkata perkhabaran beliau tidak akan meneruskan tanggung jawabnya membimbing skuad olahraga para kebangsaan telah sampai kepada Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dengan panggilan 'Dek Wan', tanpa pengetahuannya.

Malah menurutnya ketika itu beliau sendiri belum sempat berjumpa dan memaklumkan kepada pemenang pingat emas 100 meter (m) kategori lelaki T36 (cerebral palsy) Sukan Paralimpik Rio 2016 itu, bahawa kontraknya sebagai ketua jurulatih tamat hujung tahun lalu tidak disambung.

Pada sidang media tersebut, Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan kontrak jurulatih berusia 64 tahun itu tidak disambung bagi memberi laluan kepada jurulatih lebih muda dengan tugas ditinggalkan Jaganathan akan digalas pembantunya Ahmad Rafee Arifin.

 

Media Baharu