fb fb fb fb fb

Savinho sah lanjut kontrak hingga 2031 di Etihad

Pemain sayap Brazil, Savinho menandatangani kontrak hingga 203/Foto Manchester City

MANCHESTER, 4 Oktober – Pemain sayap Brazil, Savinho menandatangani kontrak baharu bersama Manchester City pada Jumaat, sekali gus kekal di Etihad sehingga 2031.

Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham Hotspur ketika jendela perpindahan, namun Spurs dilaporkan menarik diri selepas City meletakkan tanda harga £70 juta bersamaa AS$94 juta.

Savinho yang masih berjuang untuk mendapatkan tempat tetap dalam kesebelasan utama Pep Guardiola, mencatat 13 bantuan jaringan dan tiga gol dalam 48 penampilan musim lalu — musim pertamanya di England.

“Saya sangat bangga dapat menandatangani kontrak baharu ini bersama City. Ia perasaan yang cukup istimewa apabila Pep dan kelab meletakkan kepercayaan besar kepada saya,” katanya dalam kenyataan kelab.

Savinho, yang sudah 13 kali mewakili skuad kebangsaan Brazil, memulakan karier bersama Girona dan membantu kelab itu mara ke Liga Juara pada musim 2023-24 sebelum berhijrah ke Etihad dalam perpindahan bernilai £31 juta.

Pengarah bola sepak City, Hugo Viana berkata, “Savinho masih muda, tetapi dia sudah menunjukkan kualiti yang diperlukan untuk menjadi pemain hebat pada masa depan.” - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI