fb fb fb fb fb

Sasaran 36 emas Sukan SEA berjaya dicapai, disumbang skuad karate



HANOI,20 Mei- Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA ke-31, dengan skuad karate kebangsaan
berjaya menghadiahkan emas keempat buat negara.

Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di Pusat Pertandingan Sukan di sini, hari ini.

Lebih manis emas berkenaan merupakan emas ke-36 yang dinanti oleh Kontinjen negara yang telah melengkapkan sasaran yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan di Temasya Sukan SEA Vietnam 2021, walaupun Sukan SEA ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu akan melabuhkan tirainya pada Isnin.

Bukan sahaja menghadiahkan pingat emas ke-36 kontinjen negara, malah skuad karate kebangsaan turut menamatkan kemarau 29 tahun kilauan emas dalam acara kumite berpasukan lelaki Sukan SEA kali ini.

Aksi pertama menampilkan atlet berpengalaman R.Sharmendran mudah menundukkan Kandou Ignatius Joshua dengan kiraan 8-3.

Kecermerlangan ini diteruskan oleh Prem Kumar yang menewaskan Sapura Ari 3-1.

(Pasukan lelaki negara melengkapkan sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA 2021 selepas muncul juara
acara karate kumite di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh, Vietnam/FOTO FB MSN)


Sureeya Sankar memastikan emas milik negara selepas menundukkan Firmanshah Sandi 6-1.

Karate menyumbangkan 4 pingat emas keseluruhan di Hanoi sekaligus berjaya mengatasi sasaran yang dibuat oleh Persatuan Karate Malaysia, MAKAF sebanyak 3 emas.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara kumite berpasukan lelaki adalah pada Sukan SEA edisi 1993 di Singapura dengan ketua jurulatih pasukan kumite, P Arivalagan mengetuai pasukan itu.

Media Baharu