fb fb fb fb fb

Jadikan iktibar

HANOI, 20 Mei - Susulan penyertaan 'Usain Bolt Malaysia' Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan pada saringan kedua acara pecut 100 meter di Stadium Nasional My Dinh, kelmarin.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk SM Muthu berharap ia akan menjadi iktibar kepada semua atlet agar lebih berhati-hati dalam mana-mana kejohanan selepas ini.

(SM Muthu ketika memberi reaksinya)

"Apa yang berlaklu sudah terjadi dan tidak boleh buat apa. Ini juga adalah satu pengajaran, saya harap perkara ini diambil perhatian dan tidak diulangi. Untuk Azeem jangan putus asa dan terus pandang ke hadapan," kata SM Muthu.

Atlet berusia 18 tahun itu tidak dibenarkan untuk meneruskan larian apabila didapati waktu reaksinya 0.058 saat lebih awal sebelum pistol pelepasan dibunyikan dan kakinya tidak memijak blok permulaan dengan sempurna ketika tembakan pistol.

Pihak pengurusan juga telah diberikan bukti melalui laporan peralatan teknikal mengenai kesalahan yang dilakukan Azeem.

Media Baharu