fb fb fb fb fb

Sasar lahir lebih ramai atlet Muay Thai

KEDAH, 17 Julai - Kelab Muay Thai Harimau Putih Negeri Kedah menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai atlet Muay Thai kategori amatur bawah usia 12 tahun di negeri itu.

Penaungnya, Datuk Norsabrina Mohd Nor berkata, "ia selari dengan misi persatuan itu untuk meletakkan lebih ramai atlet sukan muda di negeri itu untuk cemerlang hingga ke peringkat antarabangsa."

Menurut Norsabrina, pihaknya juga akan mencungkil bakat anak muda seawal usia sembilan tahun untuk memebri saingan kepada negeri lain yang kini sudah memiliki atlet muda terlatih.

"Penyertaan atlet muda dalam sukan itu terutama di Daerah Bandar Baharu Kedah agak ketinggalan berbanding negeri lain di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kejohanan Muay Thai Fight Challenge Terbuka Negeri Kedah anjuran Kelab Muay Thai Harimau Putih Kedah bersama Persatuan Teras Melayu Malaysia di Dataran Bandar Baharu, di sini.

Sehubungan itu, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi mengembangkan sukan Muay Thai di samping mencari bakat baharu.

Pada masa sama pihaknya mahu infrastruktur sukan Muay Thai di negeri itu ditambah baik bagi memudahkan atlet berlatih disamping membolehkan sukan berkenaan dianjurkan dengan lebih kerap.

Seramai 78 peninju menyertai Kejohanan kali ini dan seramai 3,000 orang menyaksikan perlawanan itu.

Pada kejohanan tersebut, sebanyak 39 ‘ bout’ diadakan membabitkan perlawanan Amature dan Pro yang melibatkan golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa dikalangan lelaki dan wanita.

30 ‘bout’ amatur berlangsung pada waktu pagi dan petang, manakala sembilan ‘bout’ Pro berlangsung pada waktu malam.

Norsabrina berharap, "sukan Muay Thai mendapat perhatian dan menarik minat anak muda terhadap sukan lasak."

Perkara itu secara tidak langsung menjulang nama Bandar baharu sebagai hub sukan ekstrem di Kedah.

Media Baharu