fb fb fb fb fb

Saingan SEARF Women 15's 2026 medan uji keupayaan pemain ragbi wanita

Pengarah Prestasi Ragbi Malaysia, Shahizam Tukiran (tiga dari kanan) selepas menandatangani MoU SEARF Women 15s Championship 2026 di Selangor/Foto FB Malaysia Rugby

PETALING JAYA, 21 JUN - Kejohanan Ragbi SEARF Women 15's Champion 2026 medan terbaik untuk pemain wanita negara mendapatkan kejohanan kompetitif antarabangsa.

Saingan yang akan berlangsung di Malaysia pada Februari tahun depan bakal disertai Singapura dan Filipina.

Pengarah Prestasi Ragbi Malaysia, Shahizam Tukiran memaklumkan, pemilihan pemain akan dibuat berdasarkan prestasi yang dipamerkan sepanjang kejohanan Liga Ragbi MSNS-KRS 2025 yang sedang berlangsung.

"Ini memberi peluang kepada jurulatih untuk mencari bakat baharu menyarung jersi kebangsaan pada kejohanan ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Memorandum Persefahaman (MoU) SEARF Women 15s Champion 2026 di sini hari ini.

Saingan edisi sulung ini akan berlangsung secara format liga sepusingan pada 1, 4 dan 7 Februari depan.

Dalam pada itu, Shahizam juga yakin kejohanan ini menjadi platform terbaik untuk menilai prestasi pasukan kebangsaan, sekali gus memperkukuh pembangunan atlet wanita dalam sukan ragbi di peringkat serantau.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD