LONDON, 1 Julai – Aryna Sabalenka memulakan kempen Wimbledon dengan langkah kanan selepas menewaskan pemain Kanada, Carson Branstine, 6-1, 7-5.
Saingan dalam cuaca mencecah lebih 30 darjah celsius, pemain Belarus itu mempamerkan permainan bertenaga sejak awal perlawanan dengan memenangi lima permainan pertama.
Walaupun menang mudah set pertama, memenangi set pertama, Sabalenka bergelut dengan pukulan agresif Baranstine dari baseline pada set kedua menyaksikan permainan lebih seimbang dipamerkan.
Sebagai pilihan utama, Sabalenka mencuri peluang pada kedudukan 5-5 apabila berjaya memaksa Branstine melakukan kesilapan di pukulan forehand, sekali gus menamatkan perlawanan dengan kemenangan kemas.
Juara Grand Slam tiga kali itu memburu kejayaan sulung di Wimbledon, setelah rekod terbaiknya hanya setakat separuh akhir selepas terpaksa menarik diri daripada kejohanan tahun lalu akibat kecederaan bahu.