PARIS, 25 Mei– Pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka membuka kempen Terbuka Perancis dengan bergaya apabila menewaskan Kamilla Rakhimova 6-1, 6-0 dalam masa satu jam di gelanggang utama Philippe Chatrier.
Pada perlawanan itu, Sabalenka mempamerkan kekuatan servis dan forehand.
Dia kini mencatat 18 kemenangan berturut-turut dalam pusingan pertama Grand Slam.
Pemain China Zheng Qinwen turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan naib juara 2021, Anastasia Pavlyuchenkova, 6-4, 6-3.
Ini merupakan kemenangan ketujuh berturut-turutnya di gelanggang tanah liat Paris sejak memenangi emas Olimpik tahun lalu.
Elina Svitolina dari Ukraine tidak menghadapi banyak masalah untuk mengetepikan Zeynep Sonmez dari Turki dengan keputusan 6-1, 6-1 di Court Suzanne Lenglen.
Naib juara tahun lalu, Jasmine Paolini, terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Yuan Yue dari China 6-1, 4-6, 6-3.
Pemain Jerman Eva Lys membuat kejutan selepas menewaskan pilihan ke-28 dari Amerika Syarikat Peyton Stearns 6-0, 6-3. Manakala pemain kelayakan dari Kanada Victoria Mboko menang dalam penampilan Grand Slam pertamanya dengan keputusan 6-1, 7-6(4) ke atas Lulu Sun dari New Zealand.
Dalam acara lelaki, pemain Serbia Hamad Medjedovic menjadi yang pertama mara ke pusingan kedua selepas menumpaskan Kamil Majchrzak 6-3, 6-3, 7-6(2).
Lorenzo Musetti dari Itali mudah menewaskan pemain kelayakan Yannick Hanfmann 7-5, 6-2, 6-0.
Sementara itu, pemain muda tuan rumah Giovanni Mpetshi Perricard mara selepas menewaskan Zizou Bergs dari Belgium 4-6, 6-3, 7-6(5), 6-4, termasuk 12 ace dalam perlawanan itu.-REUTERS.